Khamis, 8 Oktober 2015



Bab 5 : Isu-isu keprihatinan Negara.
Peranan ASEAN.
ASEAN ditubuhkan pada 8 ogos 1997 dan penubuhannya dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Peranan ASEAN adalah untuk menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Maka muncullah konsep zon aman bebas dan berkecuali.

Peranan OIC.
OIC ialah singkatan kepada organization of Islamic conference. Merupakan organisasi antara kerajaan.
Peranan OIC adalah bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk Negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesame ummah khususnya mengenai konflik Israel-palestin.

Peranan KOMANWEL.
Pertubuhan ini dianggotai oleh Negara-negara bekas tanah jajahan British termasuk Malaysia.
Peranan penubuhan komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembanggunan, ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british.



Peranan PBB.
Malaysia menyertai PBB pada 17 september 1957.
Peranan PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Malah bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman.

Peranan NAM.
NAM yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara berkecuali yang telah diasaskan pada tahun1961.
Peranan NAM adalah tidak berpegang kepada dasar berkecuali iaitu tidak berpihak kepada blok barat atau blok timur. Dalam hal ini NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan.












Pembanggunan dan Alam Sekitar.

Seiring dengan pembanggunan Negara yang rancak pada abad ini, ia secara tidak langsung telah memberi kesan kepada alam sekitar, khususnya masalah pencemaran.


Pembanggunan insan.
Institusi pendidikan.
Dalam usaha pembanggunan modal insan, perlaksanaannya di institusi pendidikan diklasifikasikan kepada dua iaitu peringkat sekolah dan peringkat university. Ia merupakan batu asas dalam mendidik generasi untuk menjadi insn cemerlang yang bermula dengan sekolah rendah, menengah dan seterusnya peringkat pengajian tinggi.



       

          BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
-MAKSUD PEMBANGUNAN
-RANCANGAN PEMBANGUNAN    LIMA TAHUN
-DASAR EKONOMI BARU
-DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
-DASAR WAWASAN NEGARA
-PELAN INDUK PERINDUSTRIAN
NEGARA
-DASAR PERTANIAN NEGARA
-MODEL EKONOMI BARU
-PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA dan DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
-DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
-DASAR SOSIAL NEGARA
-DASAR WANITA NEGARA
-DASAR KELUARGA NEGARA
-WAWASAN NEGARA
-PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA
-PELAN INTEGRITI NASIONAL
-DASAR PENERANGAN NILAI-NILAI ISLAM
-1 MALAYSIA

4.1 MENERANGKAN RANCANGAN dan VISI PEMBANGUNAN
Secara umunya, sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu:
(a) Perancangan zaman sebelum merdeka
(b) Perancangan zaman selepas merdeka
(c) Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

4.1.1 Menerangkan rancangan pembangunan ekonomi negara
- Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada kadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
- Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam  penggubalan dasar pembangunan ekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peniggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.

4.1.2 Menjelaskan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)
- Pembangunan Negara dirancang melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan  Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.



4.2 Menjelaskan dasar-dasar utama Malaysia
Dasar-dasar utama Malaysia secara keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak, panduan, falsafah, peraturan dan cara mencapai sesuatu matlamat ekonomi nagara. Dasar Malaysia juga merujuk usaha untuk mengubah masyarakat dan Negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat awal, terutama sebelum tahun 1971, sebahagian besar program pembangunan ekonomi Negara bertumpu kepada uasaha untuk  menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per kapita. Sememangnya dari setahun ke setahun, kedua-dua unsur ini menunjukkan peningkatan.

4.2.1 Menjelaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan kebudayaan dalam Negara dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik, mulia dan seterusnya merealisasikan pembinaan Negara bangsa.
- Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil kira tiga aspek utama.
(a) Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
(b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
(c) Islam menjadi unsur pembentukan kebudayaan kebangsaan

4.2.2 Menjelaskan Dasar Belia Negara
- Pembangunan belia perlu diberi tumpuan sepenuhnya kerana mereka ialah pewaris Negara pada masa hadapan.


- Kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 telah terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan Negara. Bagi mempersiapkan belia menjadi pewaris yang berwibawa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak kerajaan.
- Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimgbangkan masyarakat dan kerajaan. Jika tidak dipantau dan diatasi, hasrat serta inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dikhuatiri terjejas.
-Tujuan utama KBS menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional adalah:
(a) untuk mendapatkan komitmen kerajaa dalam pelaksanaan  terhadap strategi pembangunan belia.
(b) dapat mengukuhkan dan memantapkan startegi sedia ada
(c) mencadangkan strategi yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan belia masa kini dan masa hadapan selaras dengan perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.

4.2.3 Menjelaskan Pelan Integriti Nasional
- Pelam Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah satu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN terut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah Negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
- Sebagai  sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan Negara Malaysia. Di samping itu. PIN mangambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
- PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategic sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.




   BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN                  PERPADUAN



Tingkat tahap integrasi.
Segregasi  
     Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu yang bersifat terpisah. Hal ini kerana perbezaan dalam pekerjaan iaitu orang melayu bekerja sebagai nelayan dan petani maka tempat tinggal mereka adalah di kampung-kampung. Orang cina pula bekerja sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong dan kebanyakan mereka tinggal di pinggir bandar, manakala kebanyakan orang india bekerja sebagai buruh dan penoreh getah yang tempat tinggal mereka kebanyakannya tertupu di kawasan estet dan ladang-ladang.

Akomodasi
Proses dimana setiap etnik menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nili hidup masing-masing.

Akulturasi
Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan dan pakaian.

Asimilisi
Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.
Contohnya di malaysia ialah masyarakat melayu di thailand dan masyarakat cina di kelantan.

Amalgamasi
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik.
Rukun negara sebagai idealogi.
1.   Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
2.   Memelihara cara hidup demokratik.
3.   Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmatibersama secara adil dan saksama.
4.   Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
5.   Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

Peristiwa 13 mei.
Kejadian rusuhan 13 mei merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum terutamanya akibat daripada toadanya persefahaman dan kasih sayang. Bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembantukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar tersebut merupakan rukun negara, dasar pendidikan kebangsaan, dasar ekonomi dan dasar kebudayaan kebangsaan telah diperkenalkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.





Bab 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA



1.KONSEP & TUJUAN PERLEMBAGAAN

2.PERUNTUKAN – PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN



PENGENALAN (:
·                  Perlembagaan ialah dokumen yg mengandungi undang undang tertinggi sesebuah Negara.
·                  Berfungsi sbg Undang Undang Dasar yg akan menentukan kuasa & pemerintahan kerajaan Malaysia.
·                  Satu dokumen yg menggariskan undang undang tertinggi Negara Malaysia, yg berkuasa meletakkan garis panduan.
·                  Satu dokumen yg berkuasa memberi jaminan hak, perlindungan kedudukan , keistimewaan & segala yg difikirkan berkaitan dgn pemerintah & rakyat Malaysia.
·                   Ringkasnya, Perlembagaan adalah undang – undang & peraturan asas Negara, ia sekaligus menentukan halatuju sistem politik & pentadbiran Negara Malaysia.

                   
     
                      SEJARAH PEMBENTUKAN (:



CIRI CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN >.<
Perlembagaan persekutuan mengandungi 183 perkara 15 bahagian & merangkumi prinsip – prinsip spt :




Terdapat 2 peruntukan utama

Bahagian 1 : Peruntukan tetap & kewangan.
·        Peruntukan tetap, sesuatu negeri harus mengandungi Raja/Yang Dipertua Negeri,Majlis mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) & DUN
Bahagian 2 ; Peruntukan sementara
·        Peruntukan yang tidak digriskan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, tetapi kedudukannya ditetapkan di peringkat persekutuan.


SENARAI PERSEKUTUAN (I) :
·      Menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di mana kerajaan persekutuan sahaja mmpunyai bidang kuas ke atasnya.
·      Mengandungi 27 perkara yg bersifar rasional

SENARAI NEGERI (II) :
·      Menyenaraikan bidang kuasa yg diperuntukkan kpd negeri di mana kerajaan negeri shj yg mmpunyai bidang kuasa ke atasnya.
·      Mengandungi 12 perkara yg bersifat kenegerian dan wilayah.


SENARAI NEGERI (III) :
·      Menyenaraikan bidang kuasa bersama kerajaan persekutuan & kerajaan negeri & kedua dua kerajaan mmpunyai kuasa ke atasnya.
·      Mengandungi 18 perkara







APAKAH DIA PERUNTUKAN UTAMA ???
·      Disebut sebagai Traditional Elements
·      Dari perspektif sejarah, semua yang terkandung dalam peruntukan utama ini adalah warisan yg perlu dipelihara bagi menghormati hak-hak bumiputera sbg pewaris persekutuan tanah melayu.
·      Ada 5 erkra yg disifatkan sebagai hak-hak bumiputera & perlu dipertahankan melalui peruntukan perlembagaan.










PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.







Ahad, 13 September 2015




BAB 1 : SEJARAH AWAL NEGARA


 Latar Belakang Sejarah Awal Negara
-Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi
-Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu.
-Antara petempatan awal manusia adalah:
 a) Kota Tampan
 b) Perak
 c) Gua Niah,Sarawak
d) Tingkayu,Sabah

Kesultanan Melayu Melaka


PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
·        Melaka diasaskan pada awal abad ke-15
·        Diasaskan oleh Parameswara putera raja Palembang
·        Pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka :




                     
                      ·        Terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262.
·        Tarikh baru ini hadir ekoran terdapat naskhah Melayu agung ,  iaitu Sulatus Salatin (edisi Raffles , MS18)
·        Parameswara menamakan Melaka sempena nama sebatang pohon bernama ‘Melaka’
·        Terdapat juga beberapa pandangan mengatakan bahawa nama Melaka berasal dari perkataan Bahasa Arab , iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’

PERKEMBANGAN POLITIK MELAYU MELAKA
·        Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa
·        Pada tahun 1403 , seorang duta telah tiba dari Negara China , iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara
·        Situasi ini membuktikan pengiktirafan Negara China terhadap Melaka
·        Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja
·        Laksamana Cheng Ho dari Negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja kepada Parameswara
·        Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia mendapat penghormatan ini
·        Melaka mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan Siam

PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA


*Nama pemerintahan dan tahun pemerintahan sultan-sultan Melaka mengikut pandangan sarjana terdahulu



Bilangan
                Nama Pemerintah               
Tahun Pemerintahan
1
Parameswara / Iskandar Syah
1262-1281
2
Sultan Mahkota Iskandar Syah
1281-1283
3
Sultan Muhammad Syah
1283-1339
4
Sultan Abu Syahid
1339-1340
5
Sultan Muzaffar Syah
1340-1378
6
Sultan Mansur Syah
1378-1449
7
Sultan Alauddin Riayat Syah
1449-1481
8
Sultan Mahmud Syah
1481-1510 & 1513-1528
9
Sultan Ahmad Syah
1510-1513















*Nama pemerintahan dan tahun pemerintahan sultan-sultan Melaka mengikut pandangan sarjana kini



PENDUDUKAN KUASA ASING
·        Tanah Melayu mengalami pengaruh pendudukan Barat apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511






  
·        Berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja
·        Menduduki Melaka selama 130 tahun , iaitu dari tahun 1511-1641
·        Alfonso de Albuquerque bertanggungjawab menyusun pentadbiran Portugis di Melaka
·        Belanda melancarkan serangan ke atas Melaka dan berjaya mengusir Portugis pada tahun 1641 dengan bantuan Kerajaan Johor
·        Belanda telah melaksanakan beberapa dasar bagi menjayakan matlamat mereka
·        Belanda berjaya mengumpul 500 ribu paun hasil-hasil timah pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18
·        Pada awal abad ke-17 muncul pedagang-pedagang dari British
·        Pada tahun 1795 , British semakin mempergiat usaha untuk memonopoli dagangan timah di negeri-negeri Melayu
·        Campur tangan British dalam politik Negeri-negeri Selat
·        Pada 8 Disember 1914 , Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1942
·        Jepun memerintahkan Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan


KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
·        Islam datang ke alam Melayu seawal abad ke-13
·        Bukti : Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212
·        Islam semakin berkembang di Tanah Melayu dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15
·        Beberapa cara Islam berkembang di Tanah Melayu :                                  
1.     Peranan Pedagang
2.     Perkahwinan
3.     Perdagangan
·        Sebelum kedatangan Islam , masyarakat Melayu pada waktu itu menganut kepercayaan animism , perkara ghaib dan tahyul

    KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU
·        Pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan positif dan negatif di Tanah Melayu



                                            Keagamaan < Berpendidikan Islam



POLITIK




  1. Pelopor – pendidikan Melayu & Inggeris
  2. Sabah muncul tekanan dari bangsa lain & isu agihan kuasa 1920-an
  3. Konsep perjuangan kepentingan melayu
  4. KESAN membangkitkan semangat nasinaonalisme dalam menuntut kemerdekaan.


NASIONALISME CINA

-Matlamat – perjuangan pergolakan politik di Negara China
-Bermula sejak Perang China –Jepun (1894 – 1895)
-PKM- menubuhkan Republik Komunis Malaya



NASIONALISME INDIA
-Bertumpu kpd pergolakan politik di india
-Menumpukan kpd TM selepas perang dunia kedua
-Faktor semangat nasionalisme :
        -  kegiatan anticolonial
        - parti kaum india : membela nasib kaum india
        - CIAM ; gabungan 12 parti & 4 dewan perniagaan india – kemajuan & politik kaum di india TM





          PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 

1946

-JAWATANKUASA KERJA DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN BRITISH PADA JULAI 1946

-BERTANGGUNGJAWAB MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UNTUK MENGGANTIKAN PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

ANTARA CIRI JAWATANKUASA :
1) TERDIRI DARIPADA 4 WAKIL RAJA RAJA MELAYU, 2 WAKIL UMNO & 6 PEGAWAI BRITISH
2) BERTANGGUNGJAWAB MERANGKA SEBUAH PERLEMBAGAAN BARU YANG BOLEH DITERIMA OLEH ORANG MELAYU.