BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
Tingkat tahap integrasi.
Segregasi
Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah
melayu yang bersifat terpisah. Hal ini kerana perbezaan dalam pekerjaan iaitu
orang melayu bekerja sebagai nelayan dan petani maka tempat tinggal mereka
adalah di kampung-kampung. Orang cina pula bekerja sebagai peniaga dan pedagang
serta pelombong dan kebanyakan mereka tinggal di pinggir bandar, manakala
kebanyakan orang india bekerja sebagai buruh dan penoreh getah yang tempat
tinggal mereka kebanyakannya tertupu di kawasan estet dan ladang-ladang.
Akomodasi
Proses dimana setiap etnik menyedari norma
dan nilai yang dimiliki oleh etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan
budaya dan nili hidup masing-masing.
Akulturasi
Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan
dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Keadaan ini dapat
dilihat dari segi makanan dan pakaian.
Asimilisi
Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang
sama.
Contohnya di malaysia ialah masyarakat melayu
di thailand dan masyarakat cina di kelantan.
Amalgamasi
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau
kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu. Ia biasanya berlaku
melalui perkahwinan campur antara etnik.
Rukun negara sebagai idealogi.
1. Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
2. Memelihara cara hidup demokratik.
3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran
dinikmatibersama secara adil dan saksama.
4. Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan
masing-masing.
5. Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.
Peristiwa 13 mei.
Kejadian rusuhan 13 mei merupakan kemuncak
daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum terutamanya akibat
daripada toadanya persefahaman dan kasih sayang. Bagi merealisasikan integrasi
nasional dan pembantukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar
daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani
masalah tersebut. Dasar-dasar tersebut merupakan rukun negara, dasar pendidikan
kebangsaan, dasar ekonomi dan dasar kebudayaan kebangsaan telah diperkenalkan
ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat
tanpa mengira kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan