BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA
RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
|
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
|
-MAKSUD PEMBANGUNAN
-RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
|
-DASAR EKONOMI
BARU
-DASAR
PEMBANGUNAN NASIONAL
-DASAR
WAWASAN NEGARA
-PELAN
INDUK PERINDUSTRIAN
NEGARA
-DASAR
PERTANIAN NEGARA
-MODEL
EKONOMI BARU
-PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA dan DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
-DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
-DASAR
SOSIAL NEGARA
-DASAR
WANITA NEGARA
-DASAR
KELUARGA NEGARA
-WAWASAN
NEGARA
-PELAN
TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA
-PELAN
INTEGRITI NASIONAL
-DASAR
PENERANGAN NILAI-NILAI ISLAM
-1
MALAYSIA
|
4.1 MENERANGKAN RANCANGAN dan VISI PEMBANGUNAN
Secara umunya, sejarah perancangan pembangunan negara
boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu:
(a) Perancangan zaman sebelum merdeka
(b) Perancangan zaman selepas merdeka
(c) Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
4.1.1 Menerangkan rancangan pembangunan ekonomi negara
- Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi.
Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara
daripada kadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi
pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan,
psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek
fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
- Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi Negara
yang seimbang menjadi matlamat utama dalam
penggubalan dasar pembangunan ekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga
kini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan
pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang
dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peniggalan dasar-dasar yang
diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
4.1.2 Menjelaskan Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM)
- Pembangunan Negara dirancang melalui dua rancangan
utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka,
Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah
dilaksanakan dengan jayanya.
4.2 Menjelaskan dasar-dasar utama Malaysia
Dasar-dasar utama Malaysia secara keseluruhannya dapat
dikatakan umpama tapak, panduan, falsafah, peraturan dan cara mencapai sesuatu
matlamat ekonomi nagara. Dasar Malaysia juga merujuk usaha untuk mengubah
masyarakat dan Negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek
kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat awal, terutama
sebelum tahun 1971, sebahagian besar program pembangunan ekonomi Negara
bertumpu kepada uasaha untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per kapita. Sememangnya
dari setahun ke setahun, kedua-dua unsur ini menunjukkan peningkatan.
4.2.1 Menjelaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum seperti Malaysia, proses pembentukan kebudayaan kebangsaan
memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup
yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan kebudayaan dalam Negara
dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik, mulia dan seterusnya merealisasikan
pembinaan Negara bangsa.
- Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil
kira tiga aspek utama.
(a) Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau
(b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
diterima
(c) Islam menjadi unsur pembentukan kebudayaan
kebangsaan
4.2.2 Menjelaskan Dasar Belia Negara
- Pembangunan belia perlu diberi tumpuan sepenuhnya
kerana mereka ialah pewaris Negara pada masa hadapan.
- Kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 telah
terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan
sumbangan mereka kepada pembangunan Negara. Bagi mempersiapkan belia menjadi
pewaris yang berwibawa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur
inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak
kerajaan.
- Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan
kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini berhadapan dengan
berbagai-bagai masalah yang sangat membimgbangkan masyarakat dan kerajaan. Jika
tidak dipantau dan diatasi, hasrat serta inspirasi kerajaan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dikhuatiri
terjejas.
-Tujuan utama KBS menyediakan Pelan Tindakan
Pembangunan Belia Nasional adalah:
(a) untuk mendapatkan komitmen kerajaa dalam
pelaksanaan terhadap strategi
pembangunan belia.
(b) dapat mengukuhkan dan memantapkan startegi sedia
ada
(c) mencadangkan strategi yang lebih relevan dan
sesuai dengan keperluan belia masa kini dan masa hadapan selaras dengan
perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.
4.2.3 Menjelaskan Pelan Integriti Nasional
- Pelam Integriti Nasional (PIN) digubal dengan
merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah satu
kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan
prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil,
demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun
Negara. PIN terut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah
mewujudkan sebuah Negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
- Sebagai
sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan
untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan
Negara Malaysia. Di samping itu. PIN mangambil kira perkembangan antarabangsa,
pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
- PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah,
prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara serta beberapa dasar strategic sebelum ini, di samping mengambil
kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan